
Kuala Lumpur, Ogos 20 – Sebanyak lapan memorandum persefahaman (MoU) dimetarai antara Malaysia dan India hari ini bagi mengukuhkan lagi hubungan bilateral antara kedua-dua buah neagara.
Ia termasuk lima kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dimana majlis itu diadakan hari ini di Hyderabad House dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Pertukaran dokumen itu berlangsung dalam lawatan rasmi tiga hari Anwar ke India yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.
Lima kementerian yang terbabit adalah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Digital, Kementerian Luar dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.