Malaysia

85% Rakyat Tidak Terjejas Kenaikan Tarif Elektrik – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa 85% rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik bermula Julai ini, yang hanya melibatkan sektor industri dan sebahagian golongan berpendapatan tinggi melalui kaedah Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

Beliau menyifatkan kenaikan kurang daripada 14% sebagai munasabah, bagi menambah peruntukan pembangunan seperti sekolah dan hospital.

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan telah menegur Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai pengumuman kenaikan sebelum ini yang dibuat tanpa penjelasan terperinci.

“Kenaikan hanya untuk industri dan golongan maha kaya. 85% rakyat tidak terlibat,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker