Uncategorized

Visa Kemasukan Berganda satu pengiktirafan kepada warga Bangladesh – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Visa Masuk Berganda (MEV) kepada pekerja warga Bangladesh sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan tenaga kerja negara itu.

Selain membantu pembangunan ekonomi negara, kemudahan tersebut katanya membolehkan mereka pulang bertemu keluarga tanpa menjejaskan pekerjaan di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa.

Pertemuan tersebut turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara termasuk kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, pendidikan, budaya, tenaga, telekomunikasi, halal, STEM, penyelidikan serta serta peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean untuk membantu Bangladesh menangani krisis pelarian Rohingya akibat konflik berterusan di Myanmar.

Anwar pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Bangladesh atas peranan mereka dalam usaha keamanan serantau serta bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di peringkat global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker