Dunia

9.4 penjawat awam Indonesia bakal terima bonus raya tahun ini

Kira-kira 9.4 juta penjawat awam di Indonesia bakal menerima manfaat bonus satu bulan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Presidennya, Prabowo Subianto memaklumkan, Tunjangan Hari Raya (THR) dan gaji ke-13 itu bakal dibuat dalam masa terdekat meskipun negara itu mengumumkan penjimatan bajet sebelum ini.

Jelasnya, pembayaran THR itu dijadualkan bermula Isnin (17 Mac), manakala gaji ke-13 akan disalurkan bermula Julai depan.

Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati, menekankan bahawa walaupun terdapat penjimatan bajet, pembayaran THR dan gaji ke-13 tetap akan dilaksanakan sebagai hak penjawat awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker