Malaysia

9 anggota FRU terima penghormatan terakhir PDRM

Sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Teluk Intan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Unit 5 FRU Sungai Senam, awal pagi Rabu.

Kesemua jenazah dan jasad dibawa menaiki van PDRM dan tiba sekitar jam 3.14 pagi bagi menjalani istiadat penghormatan sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sebelum solat jenazah, keranda wira negara itu dilitupi Jalur Gemilang sebagai tanda penghormatan.

Solat jenazah disertai lebih 500 orang termasuk Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Tujuh jenazah beragama Islam disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

Jasad mendiang S Perumal dibawa ke Krematorium Buntong, manakala mendiang Koperal Nurit Pandak dibawa ke Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker