Malaysia

3 Maut, kenderaan MPV dipandu hilang kawalan terbabas di Jalan Skudai, Johor

Kuala Lumpur, Jun 1 – Tiga maut iaitu dua wanita dan seorang lelaki selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 5 Jalan Skudai, Johor awal pagi tadi.

Menurut sumber, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penguasa Bomba Kanan I Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan yang berlaku di hadapan sebuah hotel pada jam 7.20 pagi tadi.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire terbabas dan masuk ke dalam parit dengan kedalaman kira-kira dua meter.

Tambah beliau, tiga individu terperangkap dalam kenderaan terbabit dan bombabertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan tali dan stetcher.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meningga dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker