Malaysia

SPRM:Penjawat awam diberi ganjaran wang jika lapor kes rasuah sehingga sabitan – Azam Baki

Kuala Lumpur, Jun 18 – Penjawat awam melaporkan kes rasuah sehingga membawa kepada sabitan boleh diberi ganjaran wang,kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Azam Baki menjelaskan bahawa pemberi maklumat kepada kerajaan akan diberi ganjaran sama seperti tawaran rasuah kerana mereka membantu dalam membanteras kegiatan haram itu.

“Ia ringgit untuk ringgit, jika anda ditawarkan RM100, kerajaan akan beri anda RM100. Jika anda ditawarkan RM1 juta, kerajaan akan kembalikan RM1 juta kepada anda,” kata beliau ketika menjadi tetamu program audio siar Beyond the Headlines oleh New Straits Times (NST).

Sementara itu, beliau turut berkata seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1 juta antara 2012 hingga 2023 kerana mendedah serta melaporkan kes rasuah yang membawa kepada sabitan.

Namun, beliau turut mengulas berkata  Strategi Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024-2028 yang baru diumumkan pada bulan lalu, skim sama boleh diperluaskan kepada masyarakat umum, namun ia masih dalam peringkat cadangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker