2 cedera, 12 individu naiki van langgar lori simen di PLUS arah selatan

Kuala Lumpur,Jun 4 – Dua cedera manakala 10 lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan terselamat selepas van yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori simen di Lebuhraya Utara Selatan PLUS, arah selatan, awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad,
difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 2.59 pagi,menyebabkan seorang lelaki iaitu pemandu dan wanita, yang merupakan penumpang depan, cedera tersepit.
kedua-dua mangsa cedera pada bahagian kepala dan dada dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Mengulas lanjut,beliau berkata, operasi itu membabitkan seramai 12 orang anggota telah tamat sepenuhnya pada jam 4.04 pagi tadi.