Malaysia mengalahkan Singapura & Thailand menjadi negara paling dicintai di Asia
Kuala Lumpur, Jun 4 – Laporan kajian ‘Insider Monkey’ menyatakan Malaysia diiktiraf sebagai negara yang paling dicintai dalam Asia bersama 19 negara yang lain dibawahnya.
Laporan itu turut menyatakan, Malaysia adalah negara paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan ‘Insider Monkey’.
Tambahnya, Malaysia juga mencatat tempat keenam antara negara paling demokratik di benua itu, selain, mendapat tempat kelima sebagai negara paling banyak dikunjungi di Asia, dengan mengalu-alukan lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022,” kata Insider Monkey.
Malaysia menerima kedudukan yang dihormati itu, menerusi terbitan artikel yang dikeluarkan oleh ‘Insider Monkey’ pada tahun lalu.