25 sungai dalam negara tercemar – TPM Fadillah
Kuala Lumpur, Jun 6 – Sebanyak 25 daripada 672 sungai di seluruh negara didapati tercemar selepas dipanatu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut sumber media tempatan, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, antara sungai tercemar yang dikesan ialah Sungai Bakar Arang di Kedah, Sungai Jawi (Pulau Pinang), Sungai Buloh (Selangor), Sungai Kerayong (Kuala Lumpur) dan Sungai Adong di Sarawak.
Katanya, sungai tercemar itu berada dalam pengkelasan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat yang berpunca daripada aktiviti perindustrian, loji kumbahan, perbandaran, pertanian, perumahan serta penternakan.
Tambah Fadillah, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) dan mesyuarat yang berlangsung hari ini ada empat kertas pembentangan.
Pihak JAS telah bentang status sungai di Malaysia yang berada dalam kategori bersih, sederhana dan tercemar dan selanjutnya,
mesyuarat turut bersetuju agar Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai ditubuhkan di peringkat negeri.