SKM lulus biaya RM85.9 juta, jalankan produk skala besar – Ramanan
Kuala Lumpur, Jun 16 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) sebanyak RM85.9 juta kepada koperasi yang menjalankan produk berskala besar, setakat bulan April tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Ramanan Ramakrishnan, berkata pembiayaan itu bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana bagi melaksanakan projek untuk berdaya maju.
Bagi mengembangkan lagi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ramanan berkata pihaknya memberi jaminan untuk membantu memudahkan koperasi dan pemain industri itu.
Ramanan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Taman Nesa Delima, Rantau, Negeri Sembilan semalam.
Beliau turut berkata, terdapat 16,000 koperasi berdaftar di seluruh negara dengan jumlah keanggotaan lebih tujuh juta orang, setakat 31 Mei lalui.
Namun katanya, hanya segelintir koperasi yang tidak aktif disebabkan masalah pengurusan dan kewangan, namun pihak SKM sedang berusaha bagi memulihkannya.