Malaysia

Dua lelaki lemas, termasuk remaja mandi di Pantai Kuala Muda, Kepala Batas

Kuala Lumpur, Jun 17 – Malang tidak berbau apabila Dua lelaki, termasuk seorang remaja, ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika bermandi-manda bersama rakan di Pantai Kuala Muda, Kepala Batas, semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Zulkeflee Sulaiman,mangsa dikenali sebagai Ho Wei Keat, berusia 26 tahun dan Lim You Yi, berusia 14 tahun.

Kata beliau, seramai 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripada mereka dilaporkan hilang kira-kira jam 5 petang semalam.

Susulan itu, pihak berkuasa bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat dan menemui mayat pertama, Wei Keat, pada jam 6.50 petang, manakala mayat kedua (You Yi) pula dijumpai kira-kira jam 7.30 malam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker