Malaysia

PDRM:Wanita baharu habis pantang dipukul suami yang curang di Port Dickson

Kuala Lumpur, Jun 20 – Sejak semalam, satu video sering tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul isterinya di sebuah hotel bertempat Port Dickson, Negeri Sembilan.

Susulan itu, video itu menarik perhatian polis, dan pihaknya sedang berusaha mengesan lelaki berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, kira-kira jam 3 petang semalam pihaknya menerima maklumat video tular berdurasi 0:31 saat di media sosial yang memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.

Katanya, punca kejadian dipercayai suaminya telah bertindak curang dan tidur di sebuah hotel.

Susulan pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan di pipi dan sakit di beberapa anggota badan dan mangsa sudahpun membuat laporan.

Mengulas lanjut, beliau berkata difahamkan wanita itu yang dikatakan baharu habis berpantang dan pergi ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker