Pesawat Mas MH199 terpaksa melakukan pendaratan cemas di India, kegagalan enjin

Kuala Lumpur, Jun 20 – Pesawat Malaysia Airlines dari Lapangan Terbangan Rajiv Gandhi,Hyderabad di India terpaksa melakukan penderatan cemas akibat isu teknikal dengan enjin pesawat.
Menurut sumber Times of India pesawat MH199, dilaporkan membawa serami 100 penumpang berlepas pada jam 12.45 pagi tetapi kembali ke lapangan terbang Hyderabad atas sebab teknikal.
Penerbangan itu pada asalnya dijadualkan berlepas pada jam 12.15 pagi.
Difahamkan, pesawat itu mengalami kerosakan enjin, menyebabkan percikan api terpancar daripada enjin yang terjejas, susulan itu kesemua penumpang pesawat terbabit masih berada di lapangan terbang terbabit
Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan Malaysia Airlines masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.