JPJ: Pekerja serbaneka guna nombor plat palsu, tidak mahu bayar ansuran bulanan motor
Kuala Lumpur, Jun 21 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan dan menahan seorang pekerja serbaneka yang sanggup menguna nombor pendaftaran palsu semata-mata tidak mahu bayar ansuran bulanan motosikalnya.
Menurut sumber media tempatan, pekerja lelaki berusia 21 tahun itu ditahan ketika sekatan jalan raya di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, Kuala Lumpur semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan tidak memaparkan paparan nombor plat hadapan, manakala nombor plat belakang tidak lengkap.
Pemeriksaan lanjut nombor casis oleh anggota JPJ Selangor kemudian membongkar motosikal jenis Yamaha 135LC itu adalah tidak sepadan dengan nombor plat.
Pekerja kedai serbaneka yang enggan dikenali itu berkata, dia menukar nombor plat kerana tidak mahu motosikal ditarik disebabkan memiliki tunggakan melebihi tiga bulan.
Susulan itu, motosikal terbabit disita selain penunggang terbabit didapati tiada lesen memandu.