Mulai 1 Julai, tiada sijil SPM boleh mohon Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) – Anthony Loke

Kuala Lumpur, Jun 25 – Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia boleh memohon Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di institut memandu tanpa perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pengecualian syarat sementara itu sudah diberikan kelulusan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tempoh enam bulan sehingga 31 Disember tahun ini.
Kata beliau, inisiatif itu dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di institut memandu.
Mengulas lanjut beliau berkata, ramai pengusaha institut memandu memberi maklum balas bahawa terdapat ramai pemandu berpengalaman dan berhemah yang berpotensi menjadi pelatih yang baik tetapi tidak dapat peluang kerana kekurangan kelayakan SPM.
Susulan itu, selapas penelitian terperinci,pihaknya mengumukan program khas akan diadakan untuk memberi pengecualian kepada pemohon yang tidak memiliki SPM untuk mengikuti kursus SPIM dan menjadi pengajar bertauliah.