Pelajar tingkatan 1, mangsa buli, cemburu rapat dengan teman lelaki, Kerian, Perak
Polis sedang menyiasat kes buli membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dibuli oleh dua pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah daerah Kerian, Perak.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 21 saat yang memaparkan pelajar perempuan dibuli.
Difahamkan,hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 14 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi di mana mangsa dibuli oleh dua pelajar perempuan yang berusia 15 tahun di sekolah sama.
Katanya, kejadian dipercayai berpunca dari sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun dan bersekolah di sekolah menengah sama.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa hari dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.