Aur dengan tebing:Anak melayu bersepakat menjalankan penternakan ikan, ‘Cruise Ride’ di Sungai Perak
Kuala Lumpur, April 28 – Zaman sudahpun berubah,masing-masing pilih untuk hidup di bandar, tetapi bukan untuk sekumpulan anak melayu ini, yang memilih untuk hidup di suasana perkampungan dan menjadi penternak ikan bertempat Kampung Gajah,Perak.
Bah kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, itulah ungkapan yang sesuai bagi orang kampung setempat yang menjaga Komuniti Perikanan Kampung Pulau Tiga Kanan, dimana mereka bersatu padu menjalankan ternakan ikan jenis talapia dan patin secara sangkar di Sungai Perak, dibawah Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Bagi merasa suasana penternakan,Telus menjelajah jauh dan bertemu dengan anak-anak melayu disitu, juga merupakan orang kampung setempat yang cukup mesra dan murah hati memperkongsikan pengalaman mereka memilih menjadi penternak ikan.
Sementara itu, terdapat sebanyak 40 sangkar di situ, dan dalam setiap sangkar tersebut mempunyai anggaran sebanyak 1000 sehingga 1500 ikan yang dijaga.
Bukan itu sahaja, ikan-ikan tersebut akan diberikan makanan khas iaitu “Pallet Food” mengikut saiz ikan kecil hingga ikan besar.
Pada masa sama, beliau turut memperkongsikan perkhidmatan pelayaran iaitu ‘Cruise Ride’ di sekitar Sungai Perak, dijalankan oleh ahli-ahli disitu untuk para pelancong, dimana harga yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM5 untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata menternak ikan bukan satu perkara yang mudah tetapi dengan hasil usaha and perpaduan antara orang kampung telah membuktikan bahawa anak melayu boleh berjaya dimana jua, walaupun hasilnya kecil.