Jamal Abdillah bakal dapat anak lagi, anak ketujuh
Kuala Lumpur, Jun 26 – Dalam usia 65 tahun, penyanyi tempatan terkenal, Datuk Jamal Abdillah melakar ‘sejarah’ lagi, apabila bakal dikurniakan anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, yang berusia 28 tahun, hamil dua bulan.
Paling menarik, dalam tempoh kira-kira enam tahun, Jamal dan Zai Izzati memperoleh lima anak di mana yang terbaru dijangka dilahirkan awal tahun depan.
Pasangan itu mula berumah tangga pada 1 April 2017, dan telah dikurniakan empat orang anak dan Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, yang berusia 21 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, berusia 17 tahun.
Menurut sumber, Jamal bersyukur bakal dikurniakan anak lagi kerana ia adalah rezeki tuhan katanya dan berasa amat gembira