Pemohon BRIEF-i tiada sijil halal akan dirujuk kepada Tekun – Ramanan
Kuala Lumpur, Jun 28 – Timbalan Menteri <span;>Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Ramanan Ramakrishnan berkata usahawan India yang berkecimpung dalam bidang makanan dan minuman, tiada sijil halal, akan dirujuk ke Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk permohonan pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i).
Ramanan berkata sebegitu bagi mengulas mengenai sesetengah pihak yang mempertikai ketiadaan sijil halal akan merumitkan proses permohonan <span;>pembiayaan BRIEF-i.
“Kalau tidak ada (sijil halal) sila mohon dan selepas perbincangan dibuat bersama Pengerusi Bank Rakyat, permohonan itu akan dihantar kepada Tekun untuk diberikan peluang mendapatkan pembiayaan. Dokumentasi anda mestilah betul dan anda memerlukan ada kriteria asas,”.
“Usahawan makanan dan minuman yang ada bebanan dalam mendapatkan sijil halal atau tidak patuh syariah, akan dirujuk ke Tekun,” katanya<span;> kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Program Pembiayaan BRIEF-i di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, berkata syarat halal itu bukanlah satu keperluan langsung tetapi bank mencadangkan lebih baik jika perusahaan makanan mempunyai pensijilan halal, kerana membantu mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih pantas efektif.