KUSKOP menerusi Bank Rakyat lulus 43 permohonan BRIEF-i bernilai RM3.8juta bantu usahawan – Ramanan
Kuala Lumpur, Jun 28 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya, Bank Rakyat telah meluluskan 43 permohonan program pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) yang bernilai RM3.8 juta.
Timbalan Menterinya Ramanan Ramakrishnan berkata, setakat 27 Jun, BRIEF-i telah merekodkan lebih 1,000 pertanyaan daripada usahawan-usahawan di seluruh negara.
Katanya, sebanyak 135 permohonan sedang diproses melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM5.7 juta, sementara itu, Bank Rakyat juga telah meluluskan 43 permohonan yang berjumlah RM3.8 juta dengan sasaran jumlah kelulusan sebanyak
RM4.0 juta,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Cura Program Pembiayaan BRIEF-i.
Ramanan juga tegas berkata kepentingan kerjasama antara kerajaan dengan Bank Rakyat dalam membantu para usahawan mencapai matlamat perniagaan mereka.
Tambah beliau, ia juga dapa membangunkan ekosistem keusahawanan yang inklusif dan dinamik, serta perhatian khusus harus diberikan kepada setiap lapisan masyarakat.
Mengulas lanjut, Ramanan turut berkata, kerajaan dapat memastikan lebih ramai usahawan India mampu mengakses dana yang diperlukan bagi mengembangkan perniagaan mereka serta memacu pembangunan sosioekonomi masyarakat India.