Kuala Lumpur, Julai 1 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas kira-kira 30 kilogram (kg) dadah bernilai RM3.2 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA Terminal 2) dan zon bebas kargo KLIA.
Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail, dalam operasi yang dijalankan pada 16 Jun lalu, seorang lelaki warga tempatan berumur 33 tahun ditahan ketika cuba mendaftar masuk sebuah kotak makanan miliknya di kaunter KLIA 2,kira-kira jam 7.30 malam.
Katanya, hasil pemeriksaan kotak makanan yang ditemui itu mempunyai 15 mampatan kristal putih disyaki dadah jenis ketamin yang telah diisi di dalam bungkusan teh.
Bungkusan itu kemudian diletakkan ke dalam kotak makanan berlabelkan jenama mi segera dengan anggaran berat kasar lebih 15 kg dan ia syaki miliki ketamin bernilai RM760,000
Dalam operasi lain iaitu pada 19 Jun pula, Norlela berkata pihaknya menemukan satu kotak bungkusan kurier yang diikrar di kawasan Zon Bebas Kargo, KLIA Sepang sebagai Njoy Caramel Cubes, dan di dalamnya terdapat 15 termos berlabel Lavender 1000mL mengandungi pil-pil disyaki dadah jenis Methylene dioxy methamphetamine (MDMA).
Anggaran kasar dadah itu pula ialah lebih 14 kg, dengan bernilai sebanyak RM2.5 juta, dan kedua-dua kes itu kini, disiasat di bawah Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.