Malaysia

Bapa tengking guru tak puas hati rambut anak dipotong di sekolah agama swasta

Kuala Lumpur, Julai 3 – Baru-baru ini, satu video sering viral tular di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta di Shah Alam.

Difahamkan, lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.

Lelaki itu mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar.

Sementara itu, tinjauan Telus di ruangan komen mendapati rata-rata orang mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana menyerang guru terbabit di sekolah.

Ada yang komen berkata, lelaki itu tidak patut tengking sebegitu malah boleh bercakap dalam cara yang baik

Ada juga komen berkata, lelaki itu mendidik anaknya dalam cara yang salah, sepatutnya dia patut berterima kasih pada gurunya yang mengajar anaknya untuk menjaga pendiriaanya pada usia kecilnya lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker