Korea Utara:30 remaja dihukum mati, penjara akibat tonton K-drama

Kuala Lumpur, Julai 8 – Padah akibat menonton drama Korea Selatan ( K-drama) pemerintah Korea Utara menjatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja di negara itu.
Insiden itu terdedah menerusi maklumat yang diperoleh daripada saluran televisyen Chosun pada Khamis lalu, yang kemudiannya menjadi tular di Korea Selatan.
Media laporkan, sebanyak 50 hingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
“Sementara 30 orang daripada mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau mati,” dedah sebuah pejabat kementerian di Korea Selatan.
Sebelum ini, wartawan televisyen Chosun, Lee Tae Hyung membuat liputan eksklusif berhubung pelanggaran hak asasi manusia di Korea Utara.
Laporan itu kemudian diterbitkan oleh Kementerian Unifikasi yang merupakan jabatan eksekutif pemerintah Korea Selatan yang bertujuan untuk mempromosikan penyatuan semula antara kedua buah negara.
Susulan itu, pada Disember 2020, Korea Utara menguatkuasakan undang-undang baharu, mereka yang didapati mengimport atau mengedar bahan-bahan audiovisual Korea Selatan, akan dijatuhi hukuman mati.