Dunia

India: Lelaki dakwa jadi penawar racun, gigit ular hingga mati

Kuala Lumpur, Julai 9 – Seorang lelaki di India mendakwa dirinya memiliki keupayaan yang luar biasa di mana dia bertindak menggigit semula ular yang mematuknya untuk melemahkan racun reptilia berkenaan dan percaya dia berjaya menyelamatkan diri daripada maut.

Lelaki itu dikenali sebagai Santosh Lohar, berusia 35 tahun, bernasib baik selepas apabila dia yang dipatuk dua kali, sempat dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya melihat kejadian itu.

Difahamkan, semasa kejadian, Lohar sedang memasang rel kereta api di hutan Rajauli dekat bandar Nawada di wilayah Bihar pada Selasa lalu.

Ketika dia sedang tidur, ular berbisa itu tiba-tiba menyerangnya dan kemudian lelaki itu bertindak balas cepat dengan menangkap reptilia itu dan menggigit kepalanya sebanyak dua kali sehingga mati.

Difahamkan di beberapa bahagian di India, terdapat kepercayaan bahawa tindakan menggigit ular akan memindahkan racun itu kepada haiwan itu semula.

Selepas kejadian itu, Lohar diberikan suntikan anti-venom oleh doktor untuk rawatan lanjut dan kisah itu tular di media sosial di seluruh India.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker