Malaysia
Trending

Batik Air mengumumkan pelancaran 2 laluan baharu ke Thailand, Hat Yai & Krabi; Mulai 13 Sept

Kuala Lumpur, Julai 11 – Syarikat Penerbangan Batik Air hari ini mengumumkan pelancaran dua laluan baharu ke Thailand, iaitu ke Hat Yai dan Krabi dari Kuala Lumpur bermula 13 September ini.

Menerusi satu kenyataan, Batik Air memaklumkan laluan baharu ini akan beroperasi setiap hari pada pesawat B737 dengan tempat duduk kelas perniagaan dan ekonomi bagi memastikan keselesaan penumpangnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy,memaklumkan kepentingan melancarkan laluan baharu itu, kerana populariti Thailand dalam kalangan pelancong Malaysia adalah lebih 4 juta lawatan tahunan.

“Tahun lepas sahaja, 4.62 juta pelancong Malaysia meneroka keajaiban Thailand, menggariskan tarikan destinasi seperti Hat Yai dan Krabi yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut, beliau turut berkata jumlah pelancong Thailand yang melawat Malaysia, melebihi 1.5 juta pada tahun lalu, dan Chandran turut menekankan hubungan pelancongan yang teguh antara kedua-dua buah negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker