Hiburan

Tiada tempat, terpaksa parkir di simpang tiga PPR; Cermin sisi kereta dipatahkan nota amaran daripada individu tidak bertanggungjawab

Kuala Lumpur, Julai 12 – Lelaki mendapat padah meletakkan kenderaan di simpang tiga kawasan projek perumahan rakyat (PPR) dekat Selangor, kerana keretanya bukan saja dirosakkan malah turut menerima nota amaran daripada individu tidak bertanggungjawab.

Kereta milik lelaki warga tempatan, memperkongsikan di media sosial gambar cermin sisi keretanya dipatahkan, serta nota amaran yang disyaki daripada individu yang membuat khianat menerusi sehelai tisu.

“Lain kali jangan parking dekat sini kalau sayang kereta. Kalau orang lain tak parking. janganlah pandai-pandai ‘park’ sini. Amaran pertama,” demikian nota yang ditulis di atas tisu ditinggalkan di cermin keretanya.

Lelaki itu mendakwa masalah ketiadaan parkir membuatkannya tiada pilihan hingga terpaksa meletakkan kenderaannya dengan cermin sisinya ditutup dan brek tangan diturunkan supaya keretanya boleh digerakkan sekiranya menghalang kenderaan keluar masuk simpang.

Lelaki itu turut menyatakan bahawa dia menumpang di rumah kakaknya di perumahan itu selepas ibunya meninggal dunia dan mendakwa kenderaannya terpaksa diletakkan di situ disebabkan parkir penuh.

Susulan perkongsiannya tular di Facebook, netizen menyifatkan kejadian menimpa lelaki itu satu perbuatan khianat dan berbaur ugutan dan turut meminta pemuda itu untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker