14 laluan di Ibu Kota di ditutup sempena acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu depan
Kuala Lumpur, Julai 16 – Sempena acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, sebanyak 14 jalan di sekitar ibu kota bakal ditutup secara berperingkat pada Sabtu depan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, 14 jalan ditutup untuk acara Istiadat Pertabalan yang akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja.
“Jalan yang terlibat adalah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan lskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah Selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.
Katanya, penutupan jalan itu adalah, untuk memberi laluan kepada tetamu-tetamu Diraja melalui laluan tersebut supaya tetamu-tetamu berkenaan dapat tiba mengikut masa yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu,Datuk Rusdi turut menasihati pengguna jalan raya lain supaya tidak melalui laluan yang terlibat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.