Dunia
Polis giat cari penunggang motosikal bonceng pocong di Polsek Lendah, bagi mengesahkan kejadian

Kuala Lumpur, Julai 18 – Seorang lelaki sedang diburu oleh pihak polis Indonesia selepas video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seolah-olah dia membonceng bersama-sama dengan pocong, sehingga tular di media sosial.
Menurut Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Kulon Progo, AKP Triatmi Noviartuti, pihaknya hendak menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV berkenaan.
Katanya, pihaknya sedang memburu penunggang motorsikal itu bagi mengesahkan dan mengetahui kejadiaan sebenar.
Terdahulu, rakaman CCTV yang dirakam di Polsek Lendah mendapati pembonceng ketiga motosikal itu dipercayai pocong.