
Kuala Lumpur, Julai 21 – Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai dibawa ke beberapa lokasi termasuk sebuah kebun ubi yang diusahakan suspek di Tanjung Malim, Perak sebelum dibunuh.
Menurut sumber Astro Awani, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal berkata kebun ubi itu terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mangsa ditemukan mati.
Katanya lagi, polis merakamkan percakapan seorang pekerja kebun, yang mengesahkan kehadiran suspek dan mangsa di lokasi berkenaan pada hari kejadian.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal turut berkata pasukan polis masih berusaha mendapatkan keterangan saksi-saksi dan bahan bukti di lokasi terbabit dan pihaknya juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malam dipercayai menjadi lokasi ‘persinggahan’ sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor.