Malaysia

Pemandu MPV serah diri, langgar mati pejalan kaki di Johor Bahru

Kuala Lumpur, Julai 22 – Polis lapor akan mohon reman terhadap seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza disyaki terlibat dalam insiden langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Johor Bharu, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek lelaki telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.

Katanya, siasatan kes juga dipinda kepada Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.Mengulas lanjut Raub berkata, hasil ujian saringan air kencing suspek positif dadah.

Terdahulu media laporkan, polis giat mengesan pemandu Perodua Alza kerana disyaki terlibat kes langgar lari seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5 Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Johor Bahru, pada Ahad lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker