
Kuala Lumpur, 23 Julai – Selepas 23 tahun, Syarikat Penerbangan Tambang rendah Air Asia hari ini kembali melebarkan sayapnya untuk penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, mulai 30 Ogos ini dan juga memperkenalkan perkhidmatan baharu bernama AirAsia Plus, yang mengenakan bayaran premium untuk penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang berkenaan.
Operasi AirAsia di Lapangan Terbang Subang akan bermula dengan dua destinasi domestik iaitu ke Kuching dan Kota Kinabalu sebanyak 14 penerbangan mingguan.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A serta Penasihat AirAsia Aviation Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau berasa amat terharu kerana titik permulaan AirAsia adalah di Lapangan Terbang itu dan ia juga menandakan pencapaian penting dalam sejarah syarikat penerbanganya serta ia juga inisiatif pemulihan semula bagi Lapangan Terbang Subang.
Beliau turut berkata warga kota kini boleh berlepas dari Subang kerana ia lebih dekat dari bandar Kuala Lumpur berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) di Sepang.
Tony bekata demikian selepas melancarkan operasi AirAsia ke Lapangan Terbang Subang, di Subang hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata operasi tambahan ini dijangka mendorong fasa pertumbuhan AirAsia, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh rantau dunia dan turut berharap untuk menambah lebih banyak laluan dari Subang, terutamanya laluan antarabangsa yang kini dalam perancangan dimana ia juga tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.