Malaysia
Zulfarhan: Ibu Bapa sebak, lakukan sujud syukur kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman gantung

Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan sebak melakukan sujud syukur di hadapan Mahkamah Rayuan di Ibu Kota hari ini, selepas mendapat keputusan hukuman enam tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu media laporkan, kesemua tertuduh yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017 sehingga menyebabkan kehilangan nyawa Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, iaitu 7 tahun lalu.