Kuala Lumpur, Julai 27 – Lapan gerai di medan selera Taman Lembah Keramat, di Ibu Kota musnah dijilat api dalam kebakaran awal pagi tadi
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selango, Ahmad Mukhlis Mukhtar, menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kejadian pada jam 5.49 pagi.
Katanya seramai 18 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang serta bantuan dari BBP Pandan dan Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian.
Difahamkan, kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
Kebakaran itu tidak melibatkan nyawa, dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.