JBPM:BMI ‘normal’ kriteria utama bagi kenaikan pangkat
Kuala Lumpur, Julai 29 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menetapkan indeks jisim badan (BMI) sebagai kriteria utama bagi kenaikan pangkat pegawai dan anggotanya.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad, BMI yang ideal akan menjadi antara syarat bagi pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) serta pingat perkhidmatan.
Katanya, perkara itu ditegaskan bagi memastikan setiap pegawai dan anggota Bomba memiliki berat badan ideal untuk memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.
Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 1,900 orang atau 17 peratus daripada Jabatan Bomba dikenalpasti mengalami berat badan berlebihan dan kesemua mereka kini dalam perhatian program ‘Wellness Hub’ yang dilancarkan dua bulan lalu.