Malaysia
Wanita warga Australia cipta Guinness World Records, terpantas rentas Semenanjung Malaysia, lebih 700KM
Kuala Lumpur, Julai 29 – Wanita Australia cipta rekod dunia berlari dari Kelantan ke Johor Bahru, meliputi jarak lebih 700 kilometer (km) dalam tempoh lapan hari dan 46 minit.
Anak kelahiran Australia itu dikenali sebagai , Natalie Dau mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai individu terpantas menyempurnakan larian merentasi Semenanjung Malaysia.
Difahamkan, larian itu sebahagian misi 1,000 iaitu larian 1,000 km dari Thailand ke Singapura dan bagi menyempurnakan misinya, Natalie berlari antara 85 hingga 95 km setiap hari, bermula seawal 12.35 tengah malam.