Malaysia
MoF mengesahkan kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam palsu

Kuala Lumpur, Julai 30 – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan mengeluarkan pesanan menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengesahkan perkara itu adalah palsu.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini, menasihati orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan perkongsian seumpama itu.
“Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dan sahih,” katanya.
Terdahulu media laporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai Disember ini.