Malaysia

SPRM: 2 pegawai kanan ditahan disyaki terima rasuah RM14,000

Kuala Lumpur, Ogos 6 – Dua pegawai kanan dari sebuah pertubuhan di Negeri Sembilan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM14,000.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-difahamkan merupakan pegawai kanan yang menerima wang suapan berjumlah RM14,000, sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer untuk pertubuhan berkenaan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga Mac 2023 dengan memperoleh suapan secara pindahan wang ke akaun bank masing-masing,

Sementara itu, menurut sumber media tempatan, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker