
Kuala Lumpur, Ogos 6 – Sejumlah RM2.6 billion pembiayaan perlu dikutip
semula daripada peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)Datuk R Ramanan berkata, jumlah kolektif secara keseluruhan itu adalah dalam tempoh antara 2008 hingga 2024 membabitkan lebih 100,000 peminjam.
Beliau menasihati kepada para peminjam untuk mengutip semula, wang yang telah dipinham itu, supaya lebih Tekun Nasional boleh berikan pinjaman seterusnya untuk membangunkan banyak lagi peniaga dan usahawan pada masa akan datang
Beliau turut berkata peminjam yang masih mempunyai baki pinjaman kurang 50 peratus boleh membuat pinjaman kedua dengan syarat-syarat yang akan dikenakan
Ramanan berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Sembang Santai Vanakam bersama Usahawan India, di sekitar Ibu Kota hari ini.
Seramai 500 usahawan komuniti India hadir ke sesi dialog hari ini bersama Ramanan untuk memberi ruang kepada usahawan India menyatakan masalah yang dihadapi menerusi perusahaan mereka lakukan serta perkhidmatan ditawarkan dibawah agensi KUSKOP.