EksklusifMalaysia

Serangan terhadap penganut Hindu & minorirti; PM Anwar harus menggesa kerajaan Bangladesh untuk menghentikan keganasan – Presiden MIC Vigneswaran

Kuala Lumpur, Ogos 12 – Selepas penggulingan kerajaan Sheikh Hasina di Bangladesh, serangan berterusan terhadap penganut Hindu dan minoriti lain telah menimbulkan kebimbangan besar dan susulan itu Presiden MIC Tan Sri Vigneswaran menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan sementara Bangladesh mengambil langkah segera untuk mencegah pencerobohan ganas dan memastikan keselamatan di sana.

Adalah perlu untuk memastikan keselamatan nyawa, tempat ibadat dan harta benda semua orang tanpa diskriminasi terhadap mana-mana pihak tak kira minoriti atau majoriti. Atas pendirian inilah Malaysia telah bersuara di arena antarabangsa apabila serangan sebegitu berlaku di mana-mana negara.

Atas dasar sama, Perdana Menteri Anwar harus menyampaikan kepada kerajaan Bangladesh bahawa Malaysia amat sedih dan prihatin dengan serangan semasa terhadap penganut Hindu di Bangladesh kata Vigneswaran kepada Telus.

Vigneswaran, yang juga bekas Yang Di Pertua Dewan Negara menegaskan bahawa Anwar harus mengutuk sekeras-kerasnya keganasan berasaskan agama di Bangladesh dan menyampaikan mesej ini kepada kerajaan sementara di bawah pimpinan Muhammed Yunos.

Vigneswaran turut melahirkan harapan agar rusuhan yang berlaku di Bangladesh akan segera berakhir dan semua rakyat negara itu termasuk golongan minoriti kembali menjalani kehidupan yang aman dan normal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker