Kuala Lumpur, Ogos 19 – Walaupun ramai pihak mempunyai pelbagai pandangan terhadap MIC, namun tiada siapa boleh menafikan ia memainkan peranan besar dalam memastikan keamanan politik negara dengan mengekalkan perpaduan d antara kaum kata Presiden kebangsaannya, Tan Sri Vigneswaran.
Selepas rusuhan etnik pada tahun 1969, MIC telah bekerja dengan penuh komitmen dalam membina dan mengekalkan perpaduan etnik, tidak kira apa jua masalah etnik timbul, ia duduk bersama parti etnik lain dalam mencari jalan penyelesaian dengan pendekatan yang tidak perpandukan ekstrimisme atau provokasi.
Itulah sebabnya negara dan rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan menuju ke arah kemajuan, katanya semalam semasa merasmikan Persidangan MIC Negeri Johor.
Belia hari ini harus memahami perkara ini. Tidak boleh mempunyai sikap mengambil mudah.
Jika keamanan negara tidak dihargai, akibatnya ia mungkin membawa padah. Beliau merujuk kepada serangan terhadap penganut Hindu dan minoriti dalam rusuhan baru-baru ini di Bangladesh.
Ini tidak bermakna minoriti harus hidup dalam ketakutan, kita sentiasa boleh menyuarakan hak dan permintaan kita. MIC juga tidak akan berganjak dalam hal ini.
Tetapi kita harus berhati-hati dalam pendekatan kita supaya masalah etnik dan agama tidak diguna pakai sebagai modal politik. Kita tidak boleh terjerumus ke dalam politik emosi dan provokasi semata-mata.
Vigneswaran berkata, maka itulah MIC sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab dalam usaha mengekalkan keiseimbangan politik demi perpaduan negara sebelum mahupun selepas merdeka.