Uncategorized

Op Selera:11 pekerja warga asing ditahan di Pulau Pinang

Kuala Lumpur, Ogos 21 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 11 pekerja asing, menerusi Op selera, di sebuah medan selera dalam pusat beli-belah bertempat Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

JIM memaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook, bahawa, 27 pengendali makanan diperiksa sebelum 11 pekerja berusia antara 25 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas dengan bekerja di sektor berlainan daripada kelulusan yang diberikan.

“Kesemua mereka ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 untuk siasatan lanjut dan tindakan jabatan,”katanya

Pada masa sama, siasatan juga akan dijalankan ke atas pemilik perniagaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker