EksklusifMalaysia

Sambutan Hari Kebangsaan:Kapasiti tempat duduk ditambah, tapak perkhemahan, perkhidmatan ‘water taxi’,jamin keselesaan pengunjung – Fahmi

Kuala Lumpur, Ogos 21 – Kemudahan pada hari kebangsaan dipertingkatkan seperti penambahan kapasiti tempat duduk awam,perkhidmatan ‘water taxi’ serta tapak perkhemahan bagi menjamin keselesaan para pengunjung ke Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-67 di Dataran Putrajaya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kemudahan itu bertujuan memastikan semua pengunjung berskala besar, yang dianggarkan lebih 200,000 orang dapat menyambut hari yang cukup besar itu dengan selesa dan sempurna.

Pada masa sama, beliau berkata tapak perkhemahan turut akan disediakan kepada sesiapa yang berminat, untuk tinggal di situ, sehari sebelum sambutan hari kebangsaan, dimana ia akan dibuka pada 30 Ogos untuk para pengunjung berehat dan menyaksikan pelbagai persembahan pada Hari Kebangsaan.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2024 berkata lebih pengunjung dijangka hadir pada tahun ini berbanding tahun lalu dan berharap semua berjalan secara lancar seperti yang dirancang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker