CEO Telegram ditahan atas pelbagai jenayah, pornografi kanak-kanak,pegedaran dadah& transaksi penipuan
Kuala Lumpur, Ogos 27 – Pengasas aplikasi Telegram Pavel Durov, ditahan di Perancis untuk disiasat berkaitan jenayah pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah serta transaksi penipuan di bawah platform berkenaan.
Menurut sumber media luar negara, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi satu hantaran di X, membuat pengesahan penahanan Durov sejak beliau ditahan di lapangan terbang Le Bourget di luar Paris pada 24 Ogos lalu.
Katanya, tiada motif politik dalam penahanan itu walaupun terdapat banyak komen palsu dalam talian.
Macron berkata bahawa Perancis kekal komited terhadap kebebasan bersuara yang sah dan penangkapan presiden Telegram di wilayah Perancis itu berlaku sebagai sebahagian daripada siasatan kehakiman yang berterusan
Sementara itu, pendakwa raya Paris, Laure Beccuau, menerusi satu kenyataan berkata bahawa Durov ditangkap sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap orang yang tidak dinamakan yang dilancarkan oleh unit jenayah siber negara itu pada 8 Julai lalu.