Malaysia
Berjuta-juta bangkai ikan terdampar sepanjang pantai Volos, Greece

Kuala Lumpur, Ogos 29 – Berjuta-juta bangkai ikan terapung di sepanjang pantai Volos, tengah Greece sehingga mengeluarkan bau busuk, lapor media luar negara.
Bau busuk itu menganggu rutin harian penduduk setempat dan pihak berkuasa terpaksa bertindak ‘mengalihkan’ bangkai ikan itu awal semalam sebelum bau tersebut merebak ke kawasan tumpuan pelancong.
Difahamkan,pakar-pakar mendakwa fenomena luar biasa itu berpunca daripada banjir yang berlaku pada tahun lalu sehingga menenggelamkan Thessaly.
Mereka berpendapat jaring tidak diletakkan di muara sungai menuju ke Volos menyebabkan air masin membunuh ikan tersebut.