Malaysia

Remaja terkoban terlibat dalam kemalangan dengan 7 kenderaan, Pekan Nanas,Johor

Kuala Lumpur, Ogos 29 – Seorang remaja yang menunggang motorsikal terkorban terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Sinar Harapan Batu 27, Pekan Nanas, Johor hari ini.

Mangsa, Muhammad Nurhakimi Mohd. Rashidi, berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II, Bakhtiar Chik berkata, kemalangan itu membabitkan tiga buah motosikal, dan empat buah kereta jenis Perodua Myvi, Alza, Toyota Fortuner dan Honda Civic.

Katanya, pihaknya mendapati, empat orang mangsa cedera dan seorang penunggang motosikal maut.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota tiba di lokasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib mengesahkan kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker