Malaysia

Love Scam:Warga emas wanita, rugi RM1.98juta

Kuala Lumpur, Sept 1 – Seorang warga emas wanita berputih mata menjadi mangsa sindiket love scam mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.98 juta yang melibatkan penerimaan parcel.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa juga seorang pesara swasta, berusia 64 tahun telah berkenalan dengan suspek di media sosial.

Katanya, wanita itu diminta untuk menebus parcel sebelum diarah memasukkan wang ke 12 akaun tidak dikenali.

Kini kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan Datuk Hussein turut menasihat supaya membuat semakan nombor telefon serta akaun bank sebelum membuat sebarang transaksi kewangan di semakmule.rmp.gov.my.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker