Malaysia
Paralimpik Paris 2024:Atlet olahraga Eddy Bernard memiliki gangsa pertama

Kuala Lumpur, Sept 2 – Malaysia berjaya memiliki pingat gangsa pertama pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 oleh atlet olahraga negara Eddy Bernard menerusi acara 100 meter di France, semalam.
Atlet yang berasal daripada Sabah itu berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan 11.58 saat.
Beliau turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu pada 11.75 saat pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Pada masa sama, Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaikya 11.77s iaitu ketika membawa pulang pingat perak di Kobe, Jepun, itu.
Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lepas berakhir 8 Sept ini.