Tanah Jerlus Masjid India:DBKL beri sumbangan ihsan RM30,000 kepada keluarga mangsa

Kuala Lumpur, Sept 6 -Keluarga Vijaya Lakshmi, warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India,pada 23 Ogos lalu, kini menerima sumbangan ihsan sebanyak RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke India pada 1 September lalu.
Menurut sumber media tempatan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd berkata, wang tersebut diserahkan secara tunai kepada keluarga mangsa dalam masa sehari selepas kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Mengulas beliau menjelaskan bahawa wang itu bukan pampasan tetapi sumbangan ihsan daripada pihak DBKL kepada keluarga mangsa.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa pula berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India.