Malaysia
Cadangan mewajibkan sijil halal: Komen Teresa Kok bersifat peribadi -PM
Kuala Lumpur, 8 Sep: Komen ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyatakan cadangan mewajibkan sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara adalah bersifat peribadi kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dan pada masyarakat kita. Ada masalah peraturan itu perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. “, katanya.
“Tapi kalau dia rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu. Bincang secara elok, tambah Anwar
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kawasan R&R Seremban (Arah Selatan).